Cerita di sebalik MAAS
MAAS dimulakan oleh sekumpulan kecil sukarelawan yang memahami cabaran sebenar hidup dengan ADHD di Malaysia. Diagnosis ADHD dewasa di sini masih sukar diakses, kandungan dalam Bahasa Melayu sangat terhad, dan stigma terhadap kesihatan mental masih kuat.
Kami percaya setiap dewasa dengan ADHD berhak kepada maklumat yang tepat, sokongan komuniti, dan akses kepada rawatan tanpa rasa malu. Inilah misi yang menyatukan kami.